Friday, April 10, 2009

PERLAKSAAN ROTAN DAN DILEMA MASALAH DISIPLIN PELAJAR




KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau memberitahu Dewan Negara di sini, hari ini, bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu. "Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu” Berita Harian online.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menguatkuasakan kembali hukuman rotan yang kepada pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Bagi pandangan saya, penguatkuasaan ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Kenapa saya menyebut sedemikian? kerana sifat, sikap dan kelakuan pelajar di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini jauh berbeza dengan kelakuan pelajar yang terdahulu yang mana hukum rotan pernah dilaksanakan. Pelajar sekarang terlalu aggresif dan berani melakukan perkara ganas. Pelajar zaman sekarang kurang menghormati guru, malah ada sesetengah pelajar berani mengugut, memukul dan menumbuk guru. Persoalannya sekarang, adakah pelajar-pelajar seperti ini takut dengan hukuman rotan? Tetapi Saya menyokong usaha murni Kementerian ini bagi membendung masalah pelajar yang tidak berdisiplin dan bermasalah. Kementerian juga dikatakan akan mengariskan prosedur khusus tentang hukuman rotan. Prosedur dan tatacara dalam melaksanakan hukuman rotan ini perlulah dititikberatkan kerana kita tidak mahu pihak guru-guru meyalahkan gunakan kuasa yang diberikan. Kementerian bolehlah mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang didapati melanggar tatacara atau prosedur yang telah ditetapkan. Saya mengharapkan pihak ibubapa dan masyarakat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada usaha Kementerian ini.
Dalam melaksanakan hukuman ini, sebaiknya pihak Kementerian haruslah mencari punca sebenar permasalahan displin di kalangan pelajar. Pada pendapat saya, peningkatan disiplin ini disebabkan golongan pelajar sekarang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan dorongan agama dalam diri pelajar juga berkurangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) guru-guru banyak menekan soal pencapaian dalam peperiksaan sehingga mengabaikan soal akhlak dan jati diri pelajar. Terdapat sesetengah guru kurang menitik beratkan atau memasukkan unsur-unsur nilai dalam proses P&P mereka. Kita jangan mengharapkan kepada subjek Pendidikan Islam dan Moral sahaja untuk menerapkan nilai-nilai murni. Apabila jati diri pelajar lemah, pelajar mula terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat tambahan pula, kebanjiran hiburan di negara kita yang melampau seperti filem-filem yang tidak bermoral, konsert-konsert yang tdiak terkawal dan rangcangan realiti tv yang tidak berfeadah. Semua ini boleh melemahkan jati diri seorang pelajar di mana pada usia remaja mereka masih mencari rentap untuk menjalani kehidupan di bumi ini. Apabila diri pelajar disogok dengan hiburan sedemikian rupai, maka displin pelajar semakin longgar.
Saya berpendapat Pihak Kementerian perlulah menyemak semula keberkesanan subjek Pendidikan Islam dan Moral di sekolah menengah ataupun rendah kerana kes-kes pelanggaran disiplin pelajar semakin meningkat. Persoalannya yang muncul adakah sukatan Pendidikan Islam dan Moral tidak berkesan?adakah guru yang mengajar Pendidikan Islam dan Moral tidak bagus? Atau adakah pelajar memang bermasalah sejak dari rumah? Kementerian boleh menyemak keberkesanan program J-QAF disekolah rendah, adakah program tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan? Saya setuju sekiranya Kementerian memperkenalkan J-QAF disekolah menengah secepat mungkin dengan sukatan yang lebih berkesan dan releven dengan keadaan semasa tapi tidak terpesong daripada panduan al-quran dan as-sunnah Walaupun bagaimanapun, program J-QAF ini mesti dititik beratkan seperti mana Kementerian menitik beratkan subjek utama seperti Sains, Matamatik dan Bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, disiplin pelajar ini mempunyai hubungkait dengan keberkesanan sukatan dan proses P&P Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian juga bolehlah memperkemaskan kokurikulum diperingkat sekolah. Kita tidak mahu kokurikulum ini ibarat melepas batuk ditangga. Sehubungan dengan itu, pihak guru haruslah memainkan peranan yang sebaiknya dan tidak hanya datang waktu kokurikulum hanya untuk melepaskan kewajipan tetapi tidak diisi dengan perkara yang berfaedah. Kalau perkara sebegini berlaku, maka sia-sia usaha kementerian memperkenakan kokurikulum. Kokurikulum merupakan salah satu subjek yang boleh membentuk jati diri pelajar kerana pelajar boleh menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah. Sekiranya guru-guru gagal melaksanakan kokurikulum dengan baik, pihak Kementerian bolehlah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mana saranan Pengarah Pelajaran Kelantan En. Mohd Ghazali Abd Rahman yang memberikan amaran untuk mengambil tindakan disiplin terhadap guru besar dan pengetua yang gagal melaksanakan program kokurikulum di sekolah masing-masing seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Selain itu, pihak kerajaan mestilah meneliti teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Dalam teras kedua PIPP menyatakan, tentang pembangunan modal insan yang tinggi. “Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020”. Kementerian haruslah menyemak adakah teras ini mencapai objektifnya? Tidak dinafikan PIPP juga memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan pendidikan negara. Tidak guna memiliki peralatan dan kemudahan yang canggih dan pencapaian akademik yang tinggi tapi kita mempunyai masalah dalam disiplin dan sahsiah serta akhlak pelajar. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan turut menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan perlantikan Menteri baru, diharapkan satu reomasi dilakukan untuk membendung masalah tidak berdisiplin di kalangan pelajar. Harapan saya, semoga dengan usaha Kementerian untuk melaksanakan hukum rotan disekolah dapat mengurakan masalah disiplin dikalangan pelajar. Apapun pihak Kementerian perlulah mencari masalah pokok kepada segala permasalahan disiplin pelajar. Mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pakar-pakar dalam bidang akdemik, agama dan pendidikan untuk mencari satu resolusi berkenaan masalah disiplin pelajar. Generasi pelajar ini bakal mencorak kepimpinan negara masa hadapan. Bab kata bijak pandai Masa hadapan dibeli oleh generasi sekarang

Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ) 2008/09

1 comments:

Anonymous said...

great post! :)

Post a Comment