Saturday, April 25, 2009

Memimpin dengan Pengaruh












Saya ada mendengar satu ceramah agama melalui mp3 yang di sampaikan oleh Ustaz Hazrizal (SaifulIslam.com) yang bertajuk memimpin dengan pengaruh. Satu penerangan yang baik tentang kepimpinan melalui pengaruhi. Ustaz Hazrizal memetik satu ungkapan yang ditulis oleh seorang penulis barat yang mengatakan kepimpinan melalui Position (kedudukan@jawatan) adalah kepimpinan yang lemah. Kepimpinan Position ini bermaksud kita dapat memimpin dan mengarahkan serta membuat sesuatu kepada para pengikut kita atau manusia sekalian. Jadi, manusia atau pengikut akan mematuhi seseorang kerana jawatan yang disandang. Mereka akan patuh dan hormat kepada pemimpin berkenaan selagi mana dia berjawatan tetapi apabila seseorang itu tidak berjawatan mereka akan mula hilang rasa hormat. Kadang-kadang perkara ini berlaku kepada diri kita, semasa sekolah menengah kita mungkin memengan jawatan ketua pengawas atau ketua badan dakwah, pada masa tersebut mungkin kita berpengaruh dan kita dapat mengarahkan pelajar supaya melakukan sesuatu seperti solat berjemaah dan pelajar juga mematuhi arahan kita kerana pangkat kita tinggi disekolah tersebut. Tetapi bila kita berada di universiti atau di mana-mana sahaja dengan tidak mempunyai Position, adakah kita boleh mengarah dan adakah orang akan ikut arahan kita?inilah perlu kita fikirkan. Mimimpin cara lain ialah dengan pengaruh. Ini berbeza dengan memimpin melalui Position. Memimpin dengan pernagaruh adalah memimpin melalui sikap dan akhlak kita kita yang baik serta integriti dan kompitensi yang ada pada diri kita, kita lihat sahaja apa yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W semasa peristiwa perletakkan batu Hajatulaswad, di mana berlaku sedikit kekecohan di antara penduduk Mekah pada masa tersebut. Tetapi penduduk Mekah pada masa tersebut mencari Rasulullah bukannya pimimpin Mekah pada masa tersebut seperti Abu Lahab, Abu Jahar dan Abu Sufyian. Kenapa penduduk Mekah pada masa tersebut memilih Rasulullah? Ini kerena Rasulullah pada masa tersebut dikenali sebagai Al-Amin (oarng yang boleh dipercayai) atau dalam bahasa moden menurut Ustaz Hazrizal ialah Integriti dan kompentensi yang ada pada Rasulullah. Di sini pentingnya pengaruh atau sikap atau integriti yang baik dalam kepimpinan. Setelah Rasulullah menjadi Pemimpin dimana, kepimpinan Rasulullah menjadi bertambah baik kerana Rasulullah memimpin dengan pengaruh dan position. Kepimpinan melalui pengaruh mempunyai 4 peringkat :
Peringkat Pertama adalah MODEL iaitu kita menjadi role model atau contoh terbaik kepada pengikut atau orang di sekeliling kita dalam melakukan sesuatu yang baik walaupun tanpa Position. Peringkat Kedua adalah MOTIVASI iaitu setelah kita menjadi model kepada orang sekeliling kita, kita perlulah memberikan perangsang dan motivasi kepada orang disekeliling kita. Peringkat Ketiga adalah MENTOR iaitu kita memberikan didikan dan tunjuk ajar serta pembimbing secara langsung kepada orang di sekeliling kita. Peringkat Keempat adalah MULTIPLY iaitu kita melahirkan pemimpin yang berkauliti dan berintegriti dalam kalangan orang sekeliling kita. Saya berpendapat kepimpinan seperti inilah perlu wujud terutama dalam memimpin diri kita dan seterus ke peringkat yang tertinggi. Menjadi pemimpin adalah satu Tanggungjawab dan amanah. Saidina Umar semasa diangkat menjadi Khalifah pernah berkata, Sekiranya ada seekor tupai Jatuh dari dahan pokok di Negeri Baghdad necaya aku akan ditanya oleh ALLAH diakhirat kelak kenapa aku tidak menyediakan jalan kepada tupai tersebut. Maka saya berpesan pada diri saya yang Daif lagi Bermasalah ini, sama-samalah kita sentiasa membuat Checklist dalam kepimpinan kita dan sentiasa memohon keampunan ALLAH.

0 comments:

Post a Comment