Tuesday, March 9, 2010

Khalifah Umar Abdul Aziz Bayangan Khulafa` Ar-Rasyidin (Bahagian 1)

Khalifah Umar Abdul Aziz Lahir dari kalangan orang bangsawan. Ayahnya Abdul Aziz adalah dari keturunan Bani Umaiyah dan ibunya Laila Ummu Ashim cucu kepada Saidina Umar Al-Khattab. Pada Suatu Hari, Saidina Umar Al-khattab Bersama pembantunya aslam pergi melawat sekitar kampong. Sampai di suatu rumah Umar Terdengar perbualan seorang ibu dengar anak. “Fatimah Tuangkan susu itu kedalam bekas, esok pagi ibu ingin menjualnya di pasar” suruh ibunya. Semasa menuangkan susu tersebut, tiba-tiba sedikit susu tertumpah. “ibu, sedikit susu tertumpah semasa aku menuangnya kedalam bekas” kata Fatimah. Ibunya berkata”campurkanlah susu itu dengan air supaya ianya Nampak banyak seperti asalnya”. Lalu Fatimah berkata “ibu, kalau saidina Umar tahu pasti dia marah kerena saidina umar berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan”. Ibunya menjawab “ saidina umar tidak tahu kita mencampunya”. Lalu Fatimah menegaskan “ ibu, walaupun saidina Umar tidak melihat apa yang kita lakukan tapi ALLAH maha mengetahui apa yang hambaNYA lakukan”. Tambah Fatimah lagi “sesungguhnya aku tidak ingin mentaati ALLAH semasa manusia melihat kita, tapi menderhakai ALLAH ketika manusia tidak melihat kita”. Kata-kata Fatimah membuatkan ibunya Insaf dan membuatkan hati Saidina Umar terasa terharu. Lalu saidina Umar pulang kerumah dan keesokan kemudiannya, dia menyuruh pembantunya memanggil Fatimah dan Ibunya menghadap Amirul Mukminin. Kedua beranak ini berasa takut jika terdapat kesalahan. Namu sebaliknya, Amirul Mukminin ingin melamar Fatimah dengan anaknya. Lalu Ashim dikahwinkan dengan Fatimah. Hasil perkongsian Ashim dengan Fatimah lahirlah Laila Ummu Ashim. Laila kemudain dikahwinkan dengan seoarng pemuda dari kalangan bani Umaiyah yang bernama Abdul Aziz. Hasil perkongsian lahir Umar Abdul Aziz. Beliau dilahirkan Semasa Madinah Diserang oleh Tentera bani Umaiyah. Daripada susur galur Umar Abdul Aziz, ternyatalah bahawa Umar Abdul Aziz lahir dari keturunan yang bertaqwa kepada ALLAH. Jika kita ingin mencari seorang isteri bagi melahirkan zuriat yang soleh dan bertaqwa, carilah seperti Fatimah yang mempunyai kujujuran, amanah dan mentaati ALLAH dalam keadan orang melihatnya atau daslam kedaan orang tidak melihatnya. Isteri yang solehah juga memainkan peranan yang penting bagi mendidikan dan melatih zuriat-zuriat kita agar menjadi Manusia yang dikasih oleh Makhluk dilangit dan mendapat keredhaan ALLAH. Kepimpinan Umar Abdul Aziz Mirip kepada kepimpinan Nenek Moyangnya iaitu saidina Umar Al-Khattab. Inilah penting didikan ibubapa untuk melahirkan pemimpin islam yang hebat.


Khalifah Umar Abdul Aziz adalah pemimpin yang disayangi Rakyat, dikasihi Kawan dan Dihormati oleh musuh. Walaupun hanya dua lebih pemerintahanya, tapi beliau dapat membawa kemakmuran kepada umat islam pada masa itu. Semasa pemerintanya, Serigala boleh menjadi sahabat kepada Kambing. Disini kita dapat lihat, bukan sahaja manusia dengan manusi dapat bersatu dan berkasih sayang malah binatang turut sama-sama berkasih sayang. Ciri-ciri yang dimiliki oleh saidina Umar Abdul Aziz( rumusan ini dibuat selepas membaca Umar Abdul Aziz “Bayangan Khulafa` Ar-rasyidin”) :
a)Berilmu dan bertaqwa Kepada ALLAH

Umar Abdul Aziz mempunyai ketinggian ilmu dan memiliki jiwa yang taqwa kepada ALLAH s.w.t. Sejak kecil lagi Umar Abdul Aziz telah menuntut ilmu dengan sahabat-sahabat nabi dan ulama –ulama yang Alim. Antaranya ialah Anas Bin Malik, Zaid Bin Tsabit, Abdullah bin Umar dan banyak lagi. Beliau seorang yang gigih menuntu ilmu agama. Sejak kecil lagi Umar Abdul Aziz didik oleh bapa saudaranya iaitu Abdullah Bin Umar. Walaupun beliau anak orang bangsawan tapi harta dan kemewahan beliau tidak mempengaruhi jiwa. Contoh ketinggian Taqwa Saidina Umar Abdul Aziz terselah sejak kecil lagi. Semasa beliau pergi menziarahi orang mati, beliau berkata kepada ibunya “ibu, semasa saya melihat jenazah yang mati, saya berasa takut mati”. Pada suatu hari, ibunya sedang memasak nasi dan dimasukkan ranting-ranting kecil dalam api, Umar berkata kepada ibunya “ ibu, di akhirat nanti, semasa dalam api neraka, pasti orang kecil macam saya akan dimasukkan terlebih dahulu”. Ibunya, Laila Ummu Ashim berasa terharu dan bersyukur kerana Umar Abdul Aziz mendapat Hiadaya dan petunjuk daripada ALLAH. Sebelum ini, Umar Al-Khattab ada mendoakan supaya dilahirkan seorang pemimpian yang adil dan amanah dalam menjaga urusan Umat islam. Banyak lagi contoh-contoh ketinggian taqwa yang dimiliki oleh Khalifah Umar abdul Aziz. Sifat sebegini perlulah ada pada pemimpin sesebuah Negara terutamanya di Malaysia. Kebanyakan pemimpin Negara sekarang kurangnya ilmu Agama yang menjadi tunjang kepada kekuatan ummah dan pemimpin sekarang juga tidak menunjukkan ketaqwaan yang tinggi. Bagaiman mereka ingin memerintah umat islam jika ahli keluarga tidak Berjaya diperintah supaya mentaati perintah ALLAH dan meninngalkan larangannya. “tegaklah agama dalam diri kamu, nescaya tertegaklah agama dalam Negara kamu”

b)Pemimpin yang Zuhud dan hidup dalam kesederhanaan

Saidina Umar terkenang dengan sifat zuhudnya sehinggakan seorang Ketua Kerajaan dalam Negara kita ingin mencontohi keberibadian beliau. Walaupun sejak kecil lagi beliau hidup dalam golongan bangsawan, namu harta dan kemewahannya tidak mempengaruhi hidupnya. Dia hidup dalam penuh dengan kezuhudan. Semasa menjadi gabenor Khuransan, beliau tidak duduk di istana malah memilih rumah yang sederhana. Beliau menyerahkan harta milik kerajaan yang dirampas secara haram kepada baitulmal. Contoh kezuhudan beliau terselah kepada semasa bliau menegur isterinya. Adakah kamu ingin bercerai dengan harta atau kamu berkecai dengan saya?tetapi Fatimah memilih untuk bersama suaminya. Mereka hidup dalam keadaan sederhana. Semasa Umar Abdul Aziz dilantik jadi khalifah, beliau hanya menerima gaji yang tidak lumayan. Sedangkan beliau memberikan gaji yang sedikit tinggi kepada pengawai-pengawainya.
Semasa beliau dilantik menjadi khalifah, penjaga perbendaharaan Negara datang memberinya wang sebanyak 40,000 dinar dan berkata “ini adalah bayaran gaji pendahuluan untuk khalifah bagi satu tahun. Ini yang kami lakukan pada khalifah sebelum Tuan”. Namun khalifah umar hanya mengambil 200 dinar untuk pembelanjaan keluarganya. Bakinya dipulangkan pada perbendahaan Negara.

c)Pemimpin yang adil dan amanah

Khalifah Umar Abdul Aziz seorang pemimpin yang adil dan amanah dalam setiap kerja yang dilakukannya. Keadilan bliau merentasi kuturanan dan sanak suadara. Jika keturunannya sendiri membuat kesilapan dan kezaliman kepada rakyat, maka Khalifah akan memecatnya menjadi gabenor. Segala harta kekayaan yang dimiliki oleh keturunannya yang dirampas secara haram, beliau akan memulangakan kepada permiliknya. Sebagai contoh, seorang penduduk mengadu kepada Khalifah, bahawa ternakannya dirampas oleh Umar Al walid iaitu sederanya sendiri. Namun umar bertindak dengan adil, iaitu memulangkan semula ternakan tersebut kepada pemiliknya. Umar melantik gabenor atau hakim atau kadi berdasarkan kebolehan dan ketqawaannya bukan kerana keturunan atau sahabatnya. Khalifah Umar juga seorang yang amanah dalam pentadbirannya. Beliau tidak pernah menggunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadai. Pada suatu hari, beliau pergi ke pasar membeli 2 pelita, peniaga tersebut hairan dan bertanya kepada beliau “ kenapa Tuan beli 2 pelita?”. Umar menjawab “ satu pelita untuk kegunaan pejabat dan satu pelita untuk kegunaan peribadi”. Pada suatu hari, seorang sepupunya datang kerumah beliau pada waktu malam, tiba-tiba dia memadam lampu pelita. Sepupunya hairan dan bertanya kepada beliau “kenapa Khalifah memadamkan lampu pelita dan memasang lampu pelita lai?”. Lalu khalifah Umar Abdul Aziz menjawab, “ tapi adalah pelita milik kerajaan. Aku tidak ingin menggunakannya untuk kegunaan peribadi”.betapa hebatnya pemimpin seperti ini. Susah untuk kita temui pemimpin seperti ini buat masa sekarang terutamanya dalam Negara kita. Kadang-kadang ada pemimpin atau wakil rakyat menggunakan keggunaan kerajaan untuk kegunaan keluarga dan peribadi.

d)Pemimpin yang mencintai Nabi dan Mengasihi Para Ulama.

Umar seorang yang mencintai nabi Muhammad S.A.W dan mengasihi para alim ulama. Pada Zaman bani Umaiyah, caci maki terhadap Saidina ALI, Saidina Hassan dan Saidina Hussien terutamanya melalui kutbah-kutbah. Mencaci maki ahli keluarga rasulullah seperti mencaci Rasulullah sendiri. Umar tidak dapat menahan lagi perkara ini berlaku, lalu dia mengubah sendiri konsep kutbah dan melarang caci maki terhadap Ahli keluarga rasulullah. Walaupun langkah beliau ditentang hebat oleh kaum keluarga bani Umaiyah. Kecintaan pad a nabi terselah apabila beliau meminta para alim ulama atau para pakar hadis untuk mengumpul dan membukukan hadis-hadis rasulullah S.A.W. beliau sanggup berbelanja hanya semata-mata ingin memelihara kesucian hadis rasulullah S.A.W. Beliau juga seorang yang suka kepada Alim ulama. Beliau sering mendampingi para alim ulama untuk meminta padangan, teguran dan nasihat. Beliau juga menasihatkan gabenornya agamar memuliakan alim ulama dan mengambil mereka sebagai tempat rujukan. Beliau sering menulis surat kepada para alim ulama seperti Hassan Al-Basri, salim bin Abdillah bin Umar Al-Khattab dan sebagainya.

e)Pemimpin yang Tegas dan Tolenrasi bukan islam

Walaupun Umar seorang yang Zuhud dan peramah namun beliau juga seorang yang tegas dalam melibatkan agama dan umat islam bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Walaupun orang itu ahli keluarganya sendiri, namum beliau tetap menghukum jika didapiti bersalah. Ketegasan beliau tanpa dipengaruhi oleh nafsu, kemewahan dan kemegahan. Sebagai contoh semasa khalifah mengira buah epal untuk dibahagikan kepada rakyatnya, tiba-tiba datang anak bongsu yang kelaparan dan mengambil satu buah epal tersebut. Apabila khalifah melihat, dia terus merampasnya dan anak bongsunya menangis lalu pulang kerumah. Sahal, adik kepada khalifah menegur agar membiarkan anak khalifah mengambil satu buah epal tersebut. Namu khalifah dengan hanya berdiam diri kerana hatinya berasa lusuh dan dia sebenarnya tidak mahu api neraka membakar anaknya sendiri. Satu lagi ketegasan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar adalah, ketika khalifah mengetahui terdapat seorang orang islam dalam tawanan Rom yang dibutakan oleh pemerintah Rom. Walaupun pada masa itu hubungan Rom dengan kerajaan Umar abdul aziz sangat erat. Namun atas dasar maruah islam Umar tetap menganggap Rom sebagai musuh kalau raja Rom tidak melepas orang islam tersebut , tegas khalifah, “Maruah lelaki islam yang dibutakan itu lebih bernilai daripada segalanya. Saya sanggup berperang disebabkan perbuatan maharaja Rom pada lelaki tersebut”. Khalifah Umar juga seorang pemimpin yang toleransi dengan masyarakat bukan islam. Sebagai contoh, puak kristian telah mengutuskan surat kepada khalifah dan mengadu kepada beliau tentang bayaran cukai tanah yang terlalu tinggi yang dikenakan semasa pemerintahan sebelum ini. Atas budi bicara Khalifah Umar, beliau membalas surat dengan menyatakan, sekiranya kamu memeluk islam, kamu tidak perlu bayar jizyah dan hanya menbayar zakat setiap tahun jika cukup hisab dan haul. Jika kamu tidak memeluk islam, kamu hanya dikenakan bayaran jizyah. Sehubungan dengan itu, khalifah Umar menghapuskan bayaran cukai tanah dan pendapatan yang dikenakan kepada masyarakat bukan islam seperti mana Khalifah menghapuskan cukai tersebut kepada umat islam. Terdapat juga masyarakat kristian mengadu dan meminta agar tempat ibadat mereka yang dirampas semasa pemerintahan sebelum ini agar dikembalikan. Khalifah Umar berbincang dengan Menteri dan wazirnya lalu bersetuju mengembalikan tempat ibadat orang kristian di Damascus dan mendirikan sebuah masjid yang baru untuk umat Islam. Ini adalah bukti bahawa khalifah Umar tbertolenrasi dengan masyarakat bukan islam selagi mereka tidak menzalimi dan menkhianati umat islam.

f)Seorang Ayah yang Hebat dan Suami yang Bijaksana

Walaupun Umah Abdul Aziz Seorang ketua Sebuah kerajaan islam yang besar namu, tugas dan tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan ayah tidak di abaikan. Beliua sentiasa mendidik anak-anaknya dan isterinya agar mentaati perintah Agama. Khalifah Umar tidak pernah menyediakan kemewah dan kesenangan kepada anak-anaknay dan isterinya agar mereka selalu berada dalam ketaatan kepada ALLAH. Anak dan isteri bleliau tidak pernah ingkar ataupun merunggut kerana tidak mendapat kemewahan seperti orang lain. Isterinya Fatimah, anak kepada seorang khalifah yang mempunyai banyak harta dan kemewahan namun hasil didikan suaminya, beliau meninggalkan semua itu untuk bersama suaminya dalam menegakkan keadilan dan kebenaran serta memimpin umat Muhammad S.a.W. isterinya rela bercerai dengan harta kemewahan daripada bercerai dengan suami yang tercinta. Beliau tidak pernah memberikan harta yang bukan hak milik mereka kepada anak dan isterinya semasa meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan duit sebanyak 17 dinar sahaja. Khalifah Umar berpesan kepada anaknya, bahawa Ayah tidak meninggalkan wang yang banyak tapi ayah meninggal untuk kamu ALLAH yang Maha Esa.

g)Sentiasa mengambil berat Masalah raKyat dan Menilai Prestasi gabenornya
Semasa pemerintahannya, khalifah Umar sangat mengambil berat masalah rakyatnya dan sentiasa menilai prestasi gabenornya di setiap wilayahnya. Beliau sentiasa mengutus surat kepada Gabenor bagi mengetahui masalah rakyatnya. Beliau tidak mahu ada rakyatnya tidak dapat makan, tiada tempat tinggal dan tertindas. Beliau mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab iaitu meronda-ronda sekitar kawasan tanah jajahannya bagi mengetahui masalah rakyat. Beliau juga menitikberatkan prestasi gabenornya. Pada suatu hari, beliau berjalan-jalan sekitar kawasan damsyik, beliau terserempak dengan Kafilah Madinah yang ingin menuju ke syam untuk berdagang, beliau menegur kafilah tersebut dan menanyakan berkenaan gabenor madinah. Ketua khafilah tersebut memuji dan berpuas hati dengan gabenor mereka. Selepas itu, khalifah Umar bertemu pulak dengan khafilah dari mekah yang ingin berdagang ke Syam. Beliau juga menanyakan perkara sama. Ketua khafilah itu merasa gembira dan berasa aman berada dibawah gabenor sekarang. Semasa bertemu dengan kedua-dua khafilah, Khalifah Umar tidak memperkenakan dirinya terlebih dahulu kerana dia ingin khafilah tersebut bercakap perkara yang benar. Jika dia memperkenalkan dirinya, sudah tentu khafilah tersebut berkaya yang baik-baik kerana takutkan khalifah. Begitulah hebatnya khalifah Umar Abdul Aziz
Sebenarnya banyak lagi sifat dan kepimpinan yang baik dan mulai ada pada khalifah yang patut menjadi ikutan kepada kita sama ada kita itu ketua negaram ketuan dalam sesuatu syarikat, ketua keluarga atau ketua pada diri sendiri. Kita berharap, akan lahir pemimpin yang hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz bagi memimpin Umat islam di Akhir zaman ini.. wallahu`alm
Read more!

Thursday, February 11, 2010

PENJELASAN MENGENAI FAHAMAN WAHABI

Penceramah: Us Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari
Tarikh : 25 FEBRUARI 2010
Hari : Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Kolej Ungku Omar

Semua Dijemput Hadir Bagi Mendengar Penjelasan Mengenai Fahaman Tersebut yang akhir-akhir ini menjadi isu yang hangat diperkatakn dalam kalangan masyarakat.


Anjuran:

KELAB SURAU

KOLEJ UNGKU OMAR DENGAN KERJASAMA EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KOLEJ UNGKU OMAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS





"kekuatan islam itu dilihat pada kuatnya aqidah, dan diterjemahkan melalui anggota serta dihiasi dengan akhlak"


Read more!