Friday, April 24, 2009

CALON SOLEHAH.

Sekadar gambar hiasan

Mukaddimah:

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabiah sekalian.. Selamat menempuh peperiksaan semester kali ini.. Semooga Allah permudahkan kita semua.. Amiin...

Mungkin dalam keletihan mengulangkaji pelajaran, marilh kita sama-sama merehatkan minda kita dengan membaca sebuah kisah yang saya fikirkan boleh dijadikan iktibar kepada kita semua... Kisah ini dipetik daripada laman web halaqah.net.

............................................................................................................................................................................

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku.
Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.
“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum.

Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat.
Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.

p/s: Kepada sahabat-sahabiah yang berhajat untuk mencari calon hidup, kisah ini boleh dijadikan panduan dan iktibar agar kita lebih bersedia menempuh hari-hari yang mendatang...

Sekian wallahu'alam..


Read more!

Thursday, April 23, 2009

SELAMAT MENEMPUH 'FINAL EXAM'

Salam.

Sempena minggu "final exam" ni, izinkan saya menulis sedikit petua semasa menghadapi peperiksaan. Saya menerima petua ini dari Ustaz Al-Ikhsan Ghazali** semasa mengaji di UTMKL dulu :

Mulakan dengan membaca doa dan selawat ke atas Nabi. Saya biasa baca doa ni :

"Ya Allah, tiada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, maka permudahkanlah urusanku pada hari ini".

Ucaplah "Alhamdulillah" setiap kali berjaya menjawab soalan sebelum berpindah ke soalan berikutnya.

Apabila terlupa di tengah jalan, bacalah :
  • Ya Allah (4 kali)
  • Ya Nur (9 kali)
Ulang sampai hati tenang dan ingat.
Insyaallah, mudah-mudahan dapat ingat kembali apa yang terlupa itu.


Sebelum hantar kertas jawapan, bacalah ayat ke-30 surah An-Naml, iaitu ucapan Nabi Sulaiman A.S. semasa mengirimkan surat kepada Puteri Balqis. Mudah-mudahan lembut hati pensyarah kita menerima jawapan yang ditulis dan tak "berkira sangat" jika ada sikit2 kesilapan.

Ini hanyalah usaha kita sebagai hamba yang lemah. Tiadalah daya dan kekuatan melainkan yang dizinkan oleh Allah S.W.T.

Sekadar itu utk kali ini, smg suksess selalu.

Jumpa lagi.

** Ustaz Ikhsan pernah datang program bengkel Ambang Ramadhan kat KUO tahun lepas.
Read more!

Laskar Pelangi : Pendidikan Untuk Semua




Aku baru sahaja menonton filem yang dikatakan menarik iaitu Laskar Pelangi. Filem ini bukan sahaja ditayang di indonesia malah turut ditayangkan di Australia. Filem ini mengandungi mesej pendidikan yang melibatkan kegigihan guru dalam mendidik anak bangsa dan kesungguh anak-anak kecil yang tidak berupaya, berusaha untuk menimbal ilmu agar dapat membantu keluarga. Ketabahan 2 orang cikgu yang bernama Ibu Muslimah dan Pak Arfan yang sanggup mendidik anak-anak kecil walaupun seramai 10 orang. Anak-anak kecil bergembira mendapat pendidikan kerena mereka tidak mahu menjadi kuli-kuli. Adik Kucai seorang ketua kelas yang gigih. Berkata Ibu muslimah kepada kucai “menjadi pemimpin adalah sesuatu yang mulia” dan berkata pulak Sarah kepada kucai “setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak”. Daripada dialog ini, sebenarnya wujud secara tidak langsung satu nilai dan moral dalam pendidikan. Aku tertarik dengan kata-kata Pak Arfan kepada sahabatnya“ Sekolah ini sekolah yang mengajar pendidikan agama dan budi perkerti bukan hanya Pelengkap Kurikulum, Kecerdasan dilihat Bukan sekadar dari nilai-nilai dan akal tapi dari HATI”. Itulah yang dituntuk dalam pendidikan, kita bukan sekadar mengajar ilmu dalam buku teks atau kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, tapi kita juga perlu mengajar anak-anak bangsa kita dengan nilai-nilai agama dan moral agak mereka tidak mudah terpengaruh dengan arus kemodenan dan menjadi manusia yang dekat dengan ALLAH.
Aku juga terpegun dengan kata-kata Pak Arfan kepada Team Laskar Pelangai “ Kekuatan itu dibentuk oleh IMAN bukan oleh jumlah Tentera. Kalian harus teguhkan pendiria, kalian harus punya ketekunan, keingin yang kuat untuk mencapai cita, kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah walaupun di uji. Dan INGATLAH HIDUP MESTI MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA, JANGN MENERIMA SEBNYAK-BANYAKNYA”. Dalam filem ini juga memaparkan kesungguhan anak-anak kecil dalam menuntut ilmu, walaupun guru-guru mereka hampir berputus asa namun mereka masih menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. Filem ini memamparkan kepentingan membaca dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Waluapun mereka miskin tapi akal mereka cerdas dan pintar. Dengan beratapkan bumbung yang bocor, lantai pasir dan kapul yang sentiasa berhutang di kedai, dengan kata lain sekolah mereka bergitu usang tetapi semengat mereka tidak usang, semangat mereka semengat yang teguh.Aku tertarik dengan kata-kata Lintang Kepada sahabat nya “Kita semua harus punyai cita-cita dan sekolah ini kita mulakan cita-cita kita”
Dalam filem ini juga memaparkan bagaimana si anak kecil perlu untuk membuat pilihan kerena ketiadan ibu bapa. Bagaimana Lintang seorang yang genius yang banyak membangkita semangat kawan-kawan mereka terpaksa berhenti sekolah kerena menanggung nafkah adik-adik mereka. Dia teringin untuk meneruskan cita-citanya namun keadaan memaksa beliau untuk berhenti. Melalui filem ini kita dapat melihat pentingnya peranan guru dalam mendidikan anak bangsa terutamanya anak-anak yang miskin dan di sini juga seorang guru dituntut untuk berkoban seperti mana kata Ibu Muslimah “ ..Aku tidak bermimpi untuk menjadi isteri saudagar, tapi aku bermimpi ingin menjadi guru…”

“KERJALAH PERLANGI HINGGA KE HUJUNG DUNIA, JANGAN MUDAH MENYERAH”

LASKAR PELANGI
mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Read more!

Wednesday, April 15, 2009

Dasar PPSMI Perlu Dimansuhkan....

Perlu Dicari Akar Umbi Masalah

Semenjak demonstrasi yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mac yang lepas, isu PPSMI semakin hangat diperkatakan. Ada yang terus menyatakan bantahan dan ada juga yang mempertahankan keperluan dasar PPSMI. Namun, daripada pemerhatian peribadi, rata-rata pandangan yang mempertahankan dasar PPSMI dibuat berdasarkan kepentingan politik ataupun dengan berdasarkan pemikiran yang simplistik.

Harus difahami bahawa isu PPSMI bukan isu politik. Pihak yang berterusan membantah isu PPSMI juga bukanlah pihak yang mempunyai kepentingan politik. Seandainya ditelusuri sejarah isu ini, maka kita akan dapati bahawa pihak yang benar-benar berterusan memperjuangkan agar dasar PPSMI dimansuhkan, semenjak daripada mula-mula timbulnya cadangan untuk melaksanakan dasar ini, bukanlah parti-parti politik tetapi badan-badan bukan kerajaan (NGO), para sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini bermakna bahawa bantahan yang dibuat bukanlah berdasarkan kepada apa-apa kepentingan sebaliknya hanyalah bertunjangkan rasa cinta kepada bangsa dan keprihatinan akan masa depan umat.

Adalah penting untuk difahami dengan jelas bahawa bantahan yang disuarakan terhadap dasar PPSMI tidak sama sekali bererti penolakan terhadap kepentingan menguasai Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa yang penting di dunia pada hari ini. Secara umumnya boleh diperhatikan bahawa persepsi ini wujud; bahawa seolah-olah pihak yang membantah dasar PPSMI ini adalah pihak yang menentang Bahasa Inggeris. Hal itu tidak benar sama sekali. Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tidak dinafikan, malah memang perlu digalakkan. Malangnya, pelaksanaan dasar PPSMI bukanlah langkah yang betul; bukan hanya pelaksanaan dasar ini tidak membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar tetapi akan membawa kesan-kesan lain yang cukup kritikal, khususnya dalam konteks budaya dan pandangan alam.

Dasar PPSMI bukanlah penyelesaian untuk masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar kerana dasar ini lahir daripada corak pemikiran yang normal dan simplistik. Dasar ini tidak menyentuh permasalahan dasar. Dalam proses penyelesaian masalah, antara langkah awal yang penting adalah proses mengenalpasti punca masalah yang sebenar. Kegagalan mengenalpasti punca permasalahan yang sebenar akan menyebabkan tindakan yang salah diambil, lantas gagal menyelesaikan masalah. Cara berfikir secara simplistik, dengan gaya pemikiran yang normal yang biasanya akan mudah membuat sesuatu kesimpulan atau keputusan dengan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan punca masalah yang sebenar gagal untuk dikenalpasti.

Dalam isu yang sedang diperkatakan ini, masalah yang ingin ditangani adalah kelemahan para pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris, sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan Sains dan Teknologi kerana kebanyakan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti pula punca permasalahan yang sebenar. Dalam mengenalpasti punca masalah, adalah penting untuk kita tanyakan:

" Mengapakah para pelajar kita gagal menguasai Bahasa Inggeris walaupun setelah mereka mempelajari bahasa itu di sekolah semenjak Darjah 1 hingga Tingkatan 5 - sejumlah 11 tahun kesemuanya! "


Tempoh 11 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat panjang untuk mempelajari bahasa. Bukankah perkara ini memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah? Seterusnya, kalaupun kita meletakkan kegagalan menguasai disiplin ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai masalahnya, kita pasti akan bertemu dengan punca permasalahan yang sama apabila difikirkan secara rasional dan berdasarkan pandangan para intelektual.

" Apakah kegagalan menguasai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu adalah disebabkan Bahasa Inggeris tidak dijadikan bahasa pengantar bagi pengajian kedua-dua subjek tersebut, ataupun disebabkan memang para pelajar tidak mahir berbahasa Inggeris? "



Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pelaksanaan dasar PPSMI dibuat dengan mengakui bahawa para pelajar kita pada hari ini tidak mahir berbahasa Inggeris. Nah, apakah mungkin para pelajar kita memahami konsep-konsep Sains dan Matematik yang diajar dalam satu bahasa yang mereka tidak mahir? Maka, akar permasalahannya adalah pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan rujukan bagi disiplin Sains dan Matematik adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun, sekurang-kurangnya di peringkat asas (sehingga ke peringkat pengajian SPM), kita sudah sedia mempunyai rujukan-rujukan dalam Bahasa Melayu. Perkara ini dinyatakan dengan tidak menafikan bahawa terdapat juga rujukan-rujukan bagi bidang Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi dalam Bahasa Melayu, walaupun bilangannya sedikit. Apa yang penting sekarang ini adalah, seandainya negara ini ingin melahirkan lebih ramai graduan yang mahir dalam disiplin Sains dan Matematik, konsep-konsep asas yang akan membawa kepada kefahaman dalam ilmu-ilmu Sains dan Matematik itu perlulah dikuasai oleh para pelajar. Untuk menguasai konsep itu pula, bahasa pengantar yang paling sesuai digunakan adalah Bahasa Melayu kerana itulah bahasa percakapan harian yang rasmi bagi masyarakat di negara ini. Justeru, apabila diajarkan sains dan matematik itu dalam Bahasa Melayu, para pelajar akan lebih mudah menangkap konsep-konsep yang perlu mereka fahami.

Kita tidak harus memandang rendah akan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Lihatlah kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan lain-lain universiti, bagaimana mereka telah melahirkan ramai graduan dalam bidang Sains dan Matematik serta mempunyai pensyarah-pensyarah yang berkelayakan dan universiti-universiti tersebut melaksanakan pengajiannya dalam Bahasa Melayu – sejak sekian lama! Mungkin akan timbul persoalan:

" Mengapakah kita masih jauh terkebelakang dalam sains dan teknologi? "

Sudah tentu adalah tidak adil, malah tidak wajar, untuk kita menyalahkan bahasa pengantar dalam hal ini. Ada banyak faktor yang lain yang perlu diberikan perhatian serius. Seperti:

" Adakah benar universiti kita mengamalkan sistem akademik yang benar-benar berdisiplin sehingga mampu melahirkan graduan yang mahir dan mampu bersaing di pentas antarabangsa? "

Kemudian, jika ada:

" Adakah kemahiran dan pengetahuan yang meluas di kalangan para graduan itu dimanfaatkan secara optimum dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi di negara ini? "

" Adakah kita masih tidak meyakini kemampuan anak tempatan, lantas masih menggunapakai pakar daripada luar negara? "

" Apakah para pelajar kita diberikan ruang dan kebebasan berfikir yang betul-betul luas sehingga mampu mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatifnya? "

" Adakah para pelajar kita sudah terdidik dengan sikap yang betul sebagai seorang penuntut ilmu? "

" Apakah kemudahan fasiliti dan peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam disiplin ilmu sains dan matematik mencukupi di negara ini? "


Isu Dasar Menjadi Persoalan

Penentangan terhadap dasar PPSMI ini juga bukanlah semata-mata penentangan terhadap pelaksanaan dasar tersebut tetapi lebih kepada penentangan terhadap dasar itu sendiri. Soal pelaksanaan, dalam apa jua dasar dan pada apa jua peringkat, pasti akan punya kelemahan dan kekurangan kerana itulah sifat manusia. Justeru, soal pelaksanaan tidak memerlukan kepada penentangan yang terlalu agresif. Malah, seandainya isu ini adalah isu pelaksanaan, maka yang lebih sesuai adalah semua pihak duduk bersama-sama untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut. Namun, isu ini adalah isu dasar. Selain daripada ketidakmampuan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk membina kefahaman terhadap konsep-konsep dalam ilmu sains dan matematik, dasar PPSMI juga akan menyebabkan Bahasa Melayu menjadi semakin terpinggir. Hal ini merupakan satu hal yang cukup kritikal. Walaupun pihak yang mempertahankan dasar PPSMI berulang kali menegaskan bahawa pelaksanaan dasar PPSMI tidak bermaksud untuk mengenepikan kepentingan Bahasa Melayu, namun itu sekadar alasan yang bersifat retorik semata-mata. Hakikatnya, apabila Bahasa Melayu dikeluarkan daripada pengajian sains dan matematik, maka di manakah kedudukan Bahasa Melayu? Di mana lagi Bahasa Melayu akan digunakan?

Ilmu Sains dan Matematik adalah ilmu asas yang akan mencapah kepada terlalu banyak bidang yang lain seperti kejuruteraan, komputer, perubatan, pelayaran, pemetaan, geologi dan lain-lain. Apabila Bahasa Melayu dibuang daripada pembelajaran ilmu-ilmu itu, maka bukankah Bahasa Melayu hanya akan digunakan di pasar-pasar dan di jalanan? Bukankah itu merendah-rendahkan martabat Bahasa Melayu? Maka, bagaimana mungkin kita mahu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi? Malah, untuk jangka masa yang panjang, dikhuatiri akhirnya Bahasa Melayu akan terus dipinggirkan. Apabila keadaan ekonomi dan teknologi masyarakat sudah berkembang, siapakah agaknya yang masih mahu menggunakan Bahasa Melayu – sebuah bahasa jalanan dan bahasa pasar – sebagai bahasa pertuturan harian mereka?



Bahasa Dan Budaya

Penting untuk difahami bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Apabila Bahasa Melayu dipinggirkan dan Bahasa Inggeris diangkat tarafnya terlalu tinggi, maka akhirnya budaya masyarakat Barat yang menggunakan Bahasa Inggeris itu akan menyerap masuk secara langsung ke dalam masyarakat di negara ini. Sememangnya tidak semua yang daripada Barat itu adalah negatif, banyak juga yang positif. Namun, lakukanlah penilaian secara objektif; unsur-unsur daripada Barat yang begitu banyak mendominasi kaca-kaca televisyen, corong-corong radio, halaman-halaman dalam majalah dan dada-dada akhbar, apa dia? Bukankah filem-filem daripada Hollywood, yang hampir kesemuanya pasti memaparkan pergaulan bebas lelaki dan wanita (paling tidak, pasti ada adegan bercumbu antara lelaki dan wanita), yang begitu banyak ditayangkan di panggung-panggung wayang? Ditambah lagi dengan VCD dan DVD yang boleh diperolehi dengan begitu mudah? Bukankah artis-artis daripada Barat yang tidak mampu menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada masyarakat di negara ini, begitu banyak menghiasi dada akhbar dan majalah, malah lagu-lagu mereka diputar berulang kali dalam radio? Ditambah lagi dengan teknologi Internet yang membolehkan masyarakat di negara ini mendapat capaian kepada pelbagai bahan yang tidak sihat, yang majoritinya daripada Barat. Kita tidak boleh memisahkan hal budaya ini daripada bahasa. Budaya bangsa Melayu, budaya bangsa lain, budaya bangsa Asia, adalah budaya yang sifatnya cukup lemah-lembut dan kaya dengan adab. Tetapi tunjangnya bukan Bahasa Inggeris! Lihatlah apa yang terjadi kepada jatidiri orang Melayu di Singapura apabila Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa utama mereka.

Perkaitan antara bahasa dan budaya ini dijelaskan secara terperinci dan jelas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, antaranya dalam karangannya yang berjudul ‘Risalah Untuk Kaum Muslim’. Bahasa itu bukanlah sekadar perkataan-perkataan kosong, tetapi bahasa adalah medium penyampaian mesej. Perkataan dan istilah dalam bahasa itu membawa makna yang tersendiri, dalam konteks yang tersendiri, yang akhirnya membawa kepada pembentukan pandangan alam seseorang itu.



Islamisasi dan Bahasa Melayu

Dalam konteks agama Islam pula, ada sebab yang cukup utuh mengapa Bahasa Melayu itu perlu dipertahankan. Selain daripada berbahasa Melayu itu digandingkan dengan beragama Islam sebagai ciri bangsa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, apa yang penting juga adalah Bahasa Melayu ini adalah sebuah bahasa yang telah melalui proses Islamisasi di rantau ini. Sebagai sebuah bahasa yang telah melalui proses Islamisasi, maka peranan Bahasa Melayu di rantau ini adalah sangat penting dalam pembentukan pandangan alam Islam seseorang itu. Begitu banyak perkataan dalam Bahasa Melayu adalah berakar daripada bahasa Arab yang Islamik. Istilah bahasa Arab yang Islamik digunakan di sini kerana bukan semua yang berbahasa Arab itu adalah orang Islam dan juga kerana bahasa Arab itu sendiri telah melalui proses Islamisasi tatkala Rasulullah Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam diutuskan dengan membawa kitab Al-Qur’an.

Penggunaan istilah-istilah yang telah berakar teguh dalam Bahasa Melayu, tidak mungkin boleh digantikan dengan begitu sahaja oleh Bahasa Inggeris yang merupakan satu bahasa asing di rantau ini. Sebagai contoh, istilah “taqwa” tidak boleh disamakan dengan istilah “pious”, kerana sepertimana yang dirakamkan dalam Al-Qur’an istilah “taqwa” terkait dengan kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala, sedangkan istilah “pious” adalah satu istilah yang terlalu umum yang malah digunakan dalam agama selain daripada Islam, selain daripada tidak membawa perkaitan dengan Tuhan. Begitu juga istilah “akhlak” tidak boleh disamakan dengan “ethic”, “ikhlas” tidak boleh disamakan dengan “sincere”, “adil” tidak boleh disamakan dengan “justice”; dan sebagainya lagi. Termasuklah, “Allah” tidak boleh diterjemahkan sebagai “God”. Apabila Bahasa Melayu sudah tidak lagi dianggap penting, maka istilah-istilah di atas akan terganti lantas merosakkan pandangan alam umat Islam di negara ini.



Ikutilah Yang Lebih Mengetahui

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah, bahawa semenjak daripada mula-mula dasar PPSMI ini diperkenalkan, ramai di kalangan para intelektual yang telah membantah dasar ini. Nah, seandainya pandangan para intelektual yang didukungi oleh hujah-hujah mereka yang cukup kuat dan ilmiah tidak didengari, maka pandangan siapakah yang digunapakai? Bukankah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menyatakan bahawa apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan pakarnya, maka kita akan menghadapi saat kehancuran. Daripada disiplin Sains dan Matematik, kita ada pakar fizik bertaraf antarabangsa, Prof. Dr. Mohd. Yusof Othman (UKM) yang menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI. Daripada bidang bahasa pula, kita ada Profesor Bahasa Melayu dan ahli linguistik tersohor, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang berterusan membantah pelaksanaan dasar PPSMI. Maka, seandainya pandangan pakar-pakar seperti mereka tidak kita dengari, pandangan siapa lagi yang kita mahu ikuti?

Jawatan, pangkat dan kedudukan tidak menjamin tahap keintelektualan seseorang. Malah dalam Islam pun kita diajar bahawa seorang pemimpin itu (umara’) harus mendengar nasihat dan pandangan daripada seorang ilmuan (ulama’) dalam membuat keputusan dan tindakan. Bukanlah satu keaiban untuk mengaku bahawa kita tersilap dan memperbaiki kesilapan itu.

Ayuh, batalkan dasar PPSMI demi masa depan umat!
Allah jua Yang Maha Mengetahui!

(sekadar perkongsian)
Read more!

Sunday, April 12, 2009

PEMUDA KEBANGGAAN RASUL SAW

Nabi saw pernah bersabda :

Aku didokong oleh para pemuda sementara Aku sering dicanggah oleh orang - orang tua .

Ungkapan Baginda saw jelas mengiktiraf fungsi pemuda dalam mendokong perjuangan yang diasaskan oleh Baginda saw.

Pemuda yang dimaksudkan pastinya pemuda yang beriman , bertaqwa dan berjihad untuk menegakkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt . Pemuda yang mewaqafkan diri dan bersedia untuk mengorbankan segala kepentingan diri dan duniawi demi memastikan syariat dan sunnah berjaya di daulatkan di atas tanahair ini khasnya dan di atas muka bumi ini amnya .

Pemuda yang berjiwa besar , mampu dan sanggup menggalas beban amanah pula mendepani mehnah guna melunaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyah . Pemuda yang memiliki aqidah yang benar , fikrah yang jelas dan menghiaskan diri dengan akhlak Islami yang indah .

Pemuda yang tentu tidak pernah mengaku kalah dengan segala ancaman atau tahaddiyat yang digerakkan oleh musuh untuk menghalang hasrat dan perjuangan murni mendaulatkan syariat dan sunnah .

Inilah pemuda harapan dan sandaran ummah bagi mengembalikan semula kegemilangan agama suci ini setelah sekian lama ia diinjak oleh musuh dan lebih malang ianya kini dipersiakan oleh penganutnya sendiri .

Inilah pemuda kebanggaan Rasulullah saw yang berani mencagarkan kebebasan hidup semata - mata ingin mengabadikan diri kepada perjuangan suci memartabatkan kembali izzah ummah setelah sekian lama ianya tercalar angkara kejahilan dan kebejadan .

Ringkasnya , pemuda seperti inilah yang diperlukan untuk memacu perjuangan di bumi bertuah ini agar Islam kembali bertapak dan cahaya keadilannya kembali menerangi ummah setelah berlalu tempoh kegelapan yang panjang menyelubungi kehidupan ummah .

Pemuda sewajarnya menjadi duta penyelamat dan kasih sayang , membebaskan insan yang derita di sangkar jahiliyah . Biarpun diri terkorban justeru itulah sunnatullah bagi mujahid yang mendokong cita - cita besar perjuangan Islam .

Pemuda yang tidak mengenal istilah kalah melainkan menang atau syahid . Menang mendaulatkan syariat Allah swt atau menang mengatasi desahan nafsu yang memujuk agar meninggalkan perjuangan . Jika tidak , syahid di medan jihad fi sabilillah menjadi impian yang ingin dicapai .

Sekali lagi ditegaskan , Pemuda mestilah mempunyai keupayaan malah kesungguhan untuk mendalami urusan agama agar tahu dan faham berkait dengan "produk" [ Islam ] yang ingin di"pasar" [ dakwah ] kepada masyarakat .

Semangat semata - mata , jelas tidak memadai untuk memimpin perubahan dan membimbing kesedaran masyarakat hari ini yang rata - ratanya inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik setelah lama terperangkap dalam kebodohan sistem yang mengasingkan dunia dan akhirat .

Era yang kita hadapi hari ini memerlukan kita selangkah lebih jauh ke depan berbanding kelicikan musuh yang tidak pernah rehat mengatur strategi dan konspirasi untuk memadam cahaya hidayah Allah swt . Malah kita mestilah selangkah lebih cepat bertindak berbanding musuh yang pintar dan menguasai pelbagai sarana penerangan bagi mengelirukan minda masyarakat .



Kesimpulannya , pemuda mestilah senantiasa dalam keadaan bersiap siaga . Bersedia bila diperlukan , hadhir bila dipanggil , bertindak bila diarah dan responsif terhadap situasi sekeliling terutama berhubung dengan keperluan parti [ jamaah ] dan tuntutan ummah tanpa lengah dan alasan yang tidak wajar dan layak .
Read more!

Friday, April 10, 2009

PERLAKSAAN ROTAN DAN DILEMA MASALAH DISIPLIN PELAJAR




KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau memberitahu Dewan Negara di sini, hari ini, bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu. "Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu” Berita Harian online.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menguatkuasakan kembali hukuman rotan yang kepada pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Bagi pandangan saya, penguatkuasaan ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Kenapa saya menyebut sedemikian? kerana sifat, sikap dan kelakuan pelajar di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini jauh berbeza dengan kelakuan pelajar yang terdahulu yang mana hukum rotan pernah dilaksanakan. Pelajar sekarang terlalu aggresif dan berani melakukan perkara ganas. Pelajar zaman sekarang kurang menghormati guru, malah ada sesetengah pelajar berani mengugut, memukul dan menumbuk guru. Persoalannya sekarang, adakah pelajar-pelajar seperti ini takut dengan hukuman rotan? Tetapi Saya menyokong usaha murni Kementerian ini bagi membendung masalah pelajar yang tidak berdisiplin dan bermasalah. Kementerian juga dikatakan akan mengariskan prosedur khusus tentang hukuman rotan. Prosedur dan tatacara dalam melaksanakan hukuman rotan ini perlulah dititikberatkan kerana kita tidak mahu pihak guru-guru meyalahkan gunakan kuasa yang diberikan. Kementerian bolehlah mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang didapati melanggar tatacara atau prosedur yang telah ditetapkan. Saya mengharapkan pihak ibubapa dan masyarakat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada usaha Kementerian ini.
Dalam melaksanakan hukuman ini, sebaiknya pihak Kementerian haruslah mencari punca sebenar permasalahan displin di kalangan pelajar. Pada pendapat saya, peningkatan disiplin ini disebabkan golongan pelajar sekarang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan dorongan agama dalam diri pelajar juga berkurangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) guru-guru banyak menekan soal pencapaian dalam peperiksaan sehingga mengabaikan soal akhlak dan jati diri pelajar. Terdapat sesetengah guru kurang menitik beratkan atau memasukkan unsur-unsur nilai dalam proses P&P mereka. Kita jangan mengharapkan kepada subjek Pendidikan Islam dan Moral sahaja untuk menerapkan nilai-nilai murni. Apabila jati diri pelajar lemah, pelajar mula terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat tambahan pula, kebanjiran hiburan di negara kita yang melampau seperti filem-filem yang tidak bermoral, konsert-konsert yang tdiak terkawal dan rangcangan realiti tv yang tidak berfeadah. Semua ini boleh melemahkan jati diri seorang pelajar di mana pada usia remaja mereka masih mencari rentap untuk menjalani kehidupan di bumi ini. Apabila diri pelajar disogok dengan hiburan sedemikian rupai, maka displin pelajar semakin longgar.
Saya berpendapat Pihak Kementerian perlulah menyemak semula keberkesanan subjek Pendidikan Islam dan Moral di sekolah menengah ataupun rendah kerana kes-kes pelanggaran disiplin pelajar semakin meningkat. Persoalannya yang muncul adakah sukatan Pendidikan Islam dan Moral tidak berkesan?adakah guru yang mengajar Pendidikan Islam dan Moral tidak bagus? Atau adakah pelajar memang bermasalah sejak dari rumah? Kementerian boleh menyemak keberkesanan program J-QAF disekolah rendah, adakah program tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan? Saya setuju sekiranya Kementerian memperkenalkan J-QAF disekolah menengah secepat mungkin dengan sukatan yang lebih berkesan dan releven dengan keadaan semasa tapi tidak terpesong daripada panduan al-quran dan as-sunnah Walaupun bagaimanapun, program J-QAF ini mesti dititik beratkan seperti mana Kementerian menitik beratkan subjek utama seperti Sains, Matamatik dan Bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, disiplin pelajar ini mempunyai hubungkait dengan keberkesanan sukatan dan proses P&P Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian juga bolehlah memperkemaskan kokurikulum diperingkat sekolah. Kita tidak mahu kokurikulum ini ibarat melepas batuk ditangga. Sehubungan dengan itu, pihak guru haruslah memainkan peranan yang sebaiknya dan tidak hanya datang waktu kokurikulum hanya untuk melepaskan kewajipan tetapi tidak diisi dengan perkara yang berfaedah. Kalau perkara sebegini berlaku, maka sia-sia usaha kementerian memperkenakan kokurikulum. Kokurikulum merupakan salah satu subjek yang boleh membentuk jati diri pelajar kerana pelajar boleh menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah. Sekiranya guru-guru gagal melaksanakan kokurikulum dengan baik, pihak Kementerian bolehlah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mana saranan Pengarah Pelajaran Kelantan En. Mohd Ghazali Abd Rahman yang memberikan amaran untuk mengambil tindakan disiplin terhadap guru besar dan pengetua yang gagal melaksanakan program kokurikulum di sekolah masing-masing seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Selain itu, pihak kerajaan mestilah meneliti teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Dalam teras kedua PIPP menyatakan, tentang pembangunan modal insan yang tinggi. “Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020”. Kementerian haruslah menyemak adakah teras ini mencapai objektifnya? Tidak dinafikan PIPP juga memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan pendidikan negara. Tidak guna memiliki peralatan dan kemudahan yang canggih dan pencapaian akademik yang tinggi tapi kita mempunyai masalah dalam disiplin dan sahsiah serta akhlak pelajar. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan turut menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan perlantikan Menteri baru, diharapkan satu reomasi dilakukan untuk membendung masalah tidak berdisiplin di kalangan pelajar. Harapan saya, semoga dengan usaha Kementerian untuk melaksanakan hukum rotan disekolah dapat mengurakan masalah disiplin dikalangan pelajar. Apapun pihak Kementerian perlulah mencari masalah pokok kepada segala permasalahan disiplin pelajar. Mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pakar-pakar dalam bidang akdemik, agama dan pendidikan untuk mencari satu resolusi berkenaan masalah disiplin pelajar. Generasi pelajar ini bakal mencorak kepimpinan negara masa hadapan. Bab kata bijak pandai Masa hadapan dibeli oleh generasi sekarang

Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ) 2008/09
Read more!

Wednesday, April 8, 2009

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Read more!