Friday, May 1, 2009

Bangun Subuh... Kejar Bas

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”.

(al-hadith, kitab Fadhilat Solat, Bab Ancaman Dan Celaan Ke Atas Mereka Yang Meninggalkan Solah, m/s 53)



***


Di Surau

Aku perlu berterus terang. Tapi kalau aku berterus terang nanti aku takut dia makin jauh daripada aku dan tidak mahu dengar nasihat aku lagi. Mungkin nampak aku jer dia lari sebelum mesej sampai kepadanya.

“Kamu wajib beritahu perkara ni baik-baik. Paling kurang pun kene bagitahu, kalau tak dia akan tuntut di akhirat kelak” nasihat kawan baik yang aku kenali sejak 2 tahun lepas.

Perkara ini lah yang menjadi kerisauan aku. Setiap kali aku mahu bercakap, dia macam mahu menjauhkan diri dari aku. Macam mana aku nak sampaikan bahawa…

Aku mesti bertindak!! (bersemangat)


***


Di Rumah

“Macam mana ni, aku tak boleh nak rename file ni lah. Setiap kali aku rename, mesti file ni tak boleh nak buka dengan betul, perlu guna function open with... Mat, boleh tolong tengokkan tak?”

“Boleh jer… Mari sini aku tengok. Owh! Senang jer ni… Macam kacang jer. Kau buka my computer, lepas tu kat bahagian tools dan click pada folder option, cari kat box tu hide extensions for known file types. Pastu, kau check la box tu kemudian tekan apply. Dah siap. Sepatutnya kalau nak ubah nama, extension file type jangan diubah. Nanti file jadi corrupt. Contohnya file tu ada dot DOC, jadi tak perlu ubah atau buang dot DOC tu”.

“Owh, baru aku faham. Jadi kita boleh ubah jenis fail tu dengan mudah hanya dengan mengubah extension dia. Kalau dot DOCX boleh buang X jadi DOC”.

“Betul tu… Sebenarnya banyak lagi trick dan tips untuk windows nie… Tapi ramai yang tak tahu… kebiasaannya orang ingat system dah rosak tapi setting je tu… kadang kala virus yang serang dan ubah setting komputer… Jadi satu kerja pulak nak ubah semula”.

“Owh begitu… terima kasih ya Mat”.

“Sebenarnya masalah ni mudah jer, berbanding masalah di akhirat kelak. Kita hidup kat dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi. Kalau kita senang di dunia ni senang yang sementara, kalau kita susah di dunia ni susah yang sementara. Tetapi kalau kita susah atau pun senang di akhirat untuk selama-lamanya”.


~Suasana agak janggal~


“Macam tu ker Mat? Aku risau lah. Aku selalu tertinggal solat subuh. Kadang kala aku bangun kul 7.30 pagi kelam kabut nak pi kuliah. Hmm, macam mana ni Mat, hidup aku tak tenteram…”

“Kau Qada tak solat yang tertinggal tu?”

“Tak. Macam mana? dah terlepas…”

“Erk… Kau masih boleh kejar bas tu… mungkin kau naik bas lain pergi kejar bas tu… Takkan kau nak tertinggal bas untuk selamanya? Masalah ni sepatutnya kita orang islam tahu… Kita wajib menqada solat kita walaupun kita bangun pada 4 petang. Bukannya kalau kita dah terlajak tidur tak bangun kita dah tak perlu solat…”

“Erm…? Betul ker?”

“Haah, ustadz aku bagi tau… dah berapa lama keadaan kau macam ni?”

“Err… Sejak aku baligh, start umur 15 tahun. Sekarang hampir 8 tahun, tapi mak ayah aku tak bagitau pon?”


~Kami terdiam~


Berfikir aku sejenak, mungkin ini kes-kes terpencil yang tidak begitu ketara dalam masyarakat kita. Ramai lagi yang dengan selamba dan buat dek jer tak solat. Maklum lah, perkara agama tidak lagi dipandang besar... Dengan selamba orang Islam 'merobohkan' agama (dengan tinggal solat).

Mungkin mereka tidak tahu…

Mungkin mereka telah diperdaya syaithon yang terlaknat tu…

Mungkin dunia dah masuk ke dalam hati…

Mungkin juga semua jawapan di atas…



“Tapi ini semua salah saya, sebab tidak pergi jumpa dan beritahu mereka perkara ini”.






Fikir-fikirkan lah…



*****************************************************************************************
Read more!

Thursday, April 30, 2009

Akhlak Penuntut Ilmu

Akhlak Penuntut Ilmu

1) Merasakan Tanggungjawab ilmu
Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal die berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara
seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.
-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-


2) Menjaga amanah ilmiah
Sabda Rasulullah SAW :
Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani-

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan”tidak tahu” jika dia tidak mengetahuinya.

3)Tawadduk
Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa
sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada,
semakin bertambah sifat tawadduk.
Firman Allah SWT: “Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja”Surah al-Isra’ ayat


4)Mulia diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan
pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,
Firman Allah SWT: “kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang
mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui”surah al-Munafikun ayat 8
“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya”
surah Fathiir ayat 10

5)Beramal dengan apa yang dipelajari
Firman Allah taala ; “Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan
kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”surah al-Baqarah ayat 44

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu
Firman Allah taala: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):”Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya”, lalu mereka melemparkan janji itu )ken belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima” surah Ali Imran ayat 187

Sumber E-Pondok
Read more!

Wednesday, April 29, 2009

Amalan Penawar Penyakit Lupa

Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian,


Disini disertakan amalan yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan daripada penyakit lupa yang seringkali kita hadapi dalam menghafal / mengingati ilmu yang telah dipelajari. Sempena minggu peperiksaan ini, amalan ini amat elok untuk kita amalkan setiap hari secara istiqamah.


Mungkin ada antara sahabat-sahabiah yang dah habis peperiksaan tu, pun masih dapat mengamalkan amalan ini, kerana ia amat bermanfaat untuk kita jadikan amalan seharian kita.


Insyaallah, semoga Allah berikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan juga menyampaikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain.





Terjemahan:


"Ya Allah Engkau berikanlah rahmat ke atas penghulu kami dgn nur yg menjauhkan kelupaan dgn nurnya, dan ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan sedutan nafas"


"Wahai Yang Maha Menghidupkan, Wahai Yang Maha Kuat, tiada Tuhan selain Engkau, dengan RahmatMu aku meminta pertolongan."




Read more!

Tuesday, April 28, 2009

Solat

Dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’ mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi batas – batas kebumian – baik masa mahupun ruang – untuk kemudiannya keluar menuju alam rohani di mana tiada yang difikirkan selain Allah azzawajalla. Inilah saat – saat istimewa setiap hari dalam kehidupan di mana dia lepas dari urusan – urusan dunia, tatkala dia menghimpun segala syahwat dan keinginan, lalu mengekangnya dari masa ke masa dengan gerakan – gerakan solat. Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak lima kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya pun terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang lima, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi – isi dunia. Tiada yang lebih indah dan lebih tepat dari sabda Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud,

“Pusat kebahagianku dijadikan terletak dalam solat.” (HR Muslim)

Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah anda juga memiliki kepekaan sedemikian?

Betapa peri pentingnya solat telah jelas bagi anda. Meskipun begitu, anda belum juga merasakan makna – makna yang mendalam ini, dan anda pun tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat. Anda memang layak mengalami hal tersebut, dan alasan anda sememangnya boleh diterima. Allah berfiman (bermaksud),

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyu’.” (Al – Baqarah:45)

Ya, anda belum melaksanakan solat secara khusyu’, sehingga solat pun teasa berat, sulit dan menjadi beban.

Oleh itu, khusyu’ menjadi tema utama dalam permasalahan solat. Tanpa khusyu’, anda akan merasakan solat sebagai beban berat yang tidak berpengaruh, dan hanya merupakan gerakan – gerakan mekanik sahaja.

Marilah saudaraku yang tercinta! Siapkan hati dan jiwamu dengan sungguh – sungguh, sebab tema ini teramat penting!


Engkau Belum Mengenal Tuhanmu!

Nilai dan jiwa sesebuah solat terletak dalam kekhusyu’kan. Tetapi tahukah anda, apakah erti solat itu yang sebenarnya? Solat adalah mengadap Allah azzawajalla. Sebaik saja anda mengatakan “Allahu Akhbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan anda. Pernahkah anda memikirkan hal itu sebelum ini? Pernahkah anda melaksanakan solat dengan penuh perasaan dan kepekaan ini?

Saudaraku, nilai solat terletak pada peranannya sebagai cara utama untuk mengenal Allah azzawajalla. Solat diwajibkan agar kita mengenal Sang Pencipta. Tanpa solat, kita tidak akan mengenal Allah secara benar. Maka, jika anda ingin mengenal Allah, laksanakanlah solat, dan berusahalah untuk melaksanakannya sekhuyu’ mungkin, sebab inilah faktor utama dalam perkara ini.

Nilai solat terletak pada peranannya sebagai pintu masuk untuk mengenal tuhan. Kerananya, engkau belum mengenal tuhanmu, wahai orang yang meninggalkan solat!

Meninggalkan solat, tidak begitu saya risaukan, kerana saya yakin anda termasuk yang melaksanakan solat. Akan tetapi perlu diketahui, sekadar melaksanakan solat tidaklah cukup. Tanpa rasa khusyu’, anda tidak akan berhasil mengenal tuhan. Padahal tahukah anda, mengenal tuhan adalah matlamat dan tujuan kehidupan?!

Mengapa kita diciptakan?

Ramai orang yang tidak mampu menjawab pertanyaan ini. Padahal, bagi seorang muslim, jawapannya begitu mudah. Jawapannya ada bersama firman Allah azzawajalla (bermaksud);

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz- Dzariyat: 56)

Inilah kenyataan yang diketahui oleh setiap muslim yang betul – betul memahami hakikat keberadaannya di dunia. Allah azzawajalla tidak menciptakan kita hanya untuk makan, minum, menikah, dan meninggal semata- mata. Namun, Dia menciptakan kita agar kita mengenal dan beribadah kepada-Nya. Kehidupan dunia tidak bererti tanpa perlaksanaan tujuan utama ini. Sungguh kasihan orang yang menyangka kehidupan dunia adalah semata – mata mainan, kesenangan, dan hanya untuk kepuasan syahwat!

Gerbang pertama kita supaya boleh memasuki ruang kekhusyu’kan dalam solat adalah memahami dengan benar, ‘mengapa kita diciptakan’.

Hakikat Dunia

Nabi s.a.w. pernah bersabda;

(bermaksud)

“Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seorang yang beristirehat sejenak dibawah sepohon pokok pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR Ahmad)


Beliau juga bersabda;

(bermaksud)

“Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal – hal yang mendukungnya, seorang alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu).” (HR Ibnu Majah dan At – Tarmizi)


Juga bersadba,

(bermaksud)

“Apakah erti dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan hartaku?” (HR Ad –Darimi)


Beliau juga bersabda,

(bermaksud)

“Setiap manusia berangkat dipagi hari untukmenjual dirinya. Maka terserah ia hendak membebaskan ataukah menahannya.” (HR Muslim, At – Tarmizi, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)


Bahkan beliau pun bersabda juga,

(bermaksud)

“Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak akan pernah memberi minum seorang kafir walau setitis pun.” (HR Ibnu Majah)

Subhanllah! Beginikah hakikat dunia yang ada dalam hati kita? Ingat – ingatlah, saudaraku, kita di dunia ini semata menyembah Tuhan kita.

Dalam menggambarkan dunia, seorang ulama’ soleh mengatakan, “Dunia itu ibarat sepatu.” Orang ramai pun kehairanan, tapi sang ulama ini tetap berkeras dan mengatakan, “Ya, dunia layaknya sepasang sepatu. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sepatu, kita tentu tidak boleh berjalan tanpa alas kaki. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun pernahkan anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sepatunya?”

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab hadis mereka adalah seperti yang berikut: “Nabi Muhammad saw masuk masjid. Lalu, seseorang masuk (pada waktu itu Rasulullah saw berada di salah satu sudut masjid). Kemudian, orang itu pun menunaikan solat (dua rakaat). Rasulullah saw memerhatikan solat lelaki tersebut, selesai sahaja solat, lelaki tersebut pun mendekati Rasulullah saw lalu mengucapkan salam. Rasulullah saw menjawabnya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Ulangilah solatmu kerana sesungguhnya engkau belum solat!’

Orang itu pergi dan melakukan solat seperti yang telah ia lakukan. Rasulullah saw memerhatikan solat yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Setelah selesai, lelaki itu pun sekali lagi datang bertemu Rasulullah saw sambil mengucap salam kepada baginda. Rasulullah saw bersabda kepadanya, ‘Wa ‘alaika as-salam. Pergilah dan ulangi lagi solatmu, kerana engkau belum melakukan solat. Ia melakukan solat sampai tiga kali. Setiap kali selesai melakukannya, ia datang kepada Rasulullah saw dan mengucapkan salam kepada baginda, lalu baginda bersabda, ‘Wa ‘alaika - yakni ‘Wa ‘alaika as-salam ulangilah solatmu, kerana sesungguhnya engkau belum melakukan solat.’

Lalu berkatalah lelaki itu (setelah melakukan solat yang terakhir), Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, aku tidak dapat melakukan solat yang lebih baik daripada ini. Kerana itu, perlihatkanlah kepadaku dan ajarlah aku kerana sesungguhnya aku ini manusia biasa, kadang-kadang aku benar dan kadang aku salah.’


Rasulullah saw bersabda, ‘Ketika akan mendirikan solat, bertakbirlah kemudian bacalah ayat Al-Quran yang mudah bagimu. Dalam satu riwayat yang sahih disebut, ‘Kemudian bacalah Umm al-Qur’an (al-Fatihah). Lalu, bacalah apa saja (ayat al-Quran) yang engkau mahu, kemudian rukuklah sehingga engkau tenang dalam rukukmu. Lalu, bangkitlah (i’tidal) sampai engkau tegak berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga engkau sujud dengan thuma’ninah (tenang). Kamu tempatkan dahimu secara tepat – pada tempat sujud – sehingga persendianmu tenang atau thuma’ninah. Kemudian, bangkitlah sehingga engkau duduk dengan thuma’ninah (dudukmu harus tegak pada tempat duduk dan tegak pula tulang punggungmu). Kemudian, sujudlah sampai thuma’ninah dalam sujud (jika engkau duduk di tengah-tengah solat, duduklah dengan thuma’ninah lalu bentangkan pahamu yang kiri dan tasyahud lah). Lakukanlah seperti itu dalam solatmu semuanya.’ Dalam suatu riwayat, ‘kemudian berbuatlah seperti itu pada setiap rakaat.’”


Berdasarkan hadis ini, Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan bahawa, “Sabda Rasulullah saw, ‘Pergilah dan ulangilah solatmu, kerana engkau belum solat,’ mengandungi pengertian bahawa perbuatan atau ibadah yang dilakukan tanpa ilmu tidak boleh dianggap sempurna.


Berdasarkan hadis nabi di atas juga, dapat diambil kesimpulan bahawa terdapat ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang baru mampu melakukan solat secara lahiriah belaka, tetapi ia belum mampu “mendirikan”nya secara yang sempurna.


Dengan kata lain, sebenarnya mereka belum melakukan solat. Ia terjadi berkemungkinan disebabkan oleh tidak menyiapkan diri untuk mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan solat secara benar dan lengkap, sehingga tidak melakukan sebahagian rukun solat atau tidak membaca sebahagian zikir solat yang semestinya dibaca di dalam solat sesuai dengan tuntutan syariat.


Justeru, solat yang sebegitu sebenarnya dikira rosak dan oleh kerananya ia seakan-akan belum mengerjakan solat. Ibadah yang dilakukan tidak cukup dengan jiwa yang ikhlas sahaja, tetapi memerlukan pengetahuan tentang tatacaranya yang benar yang wajib dipenuhi.


*muhasabah solat...


Read more!

Program 3M Bukti Pemurnian Gerakan Mahasiswa

Saifuddin dengar idea bakal pendidik

26 April 2009, Tanjung Malim - Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan mengejut ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada tengah hari. Beliau kemudiannya mengadakan dialog dengan para pemimpin mahasiswa UPSI selama lebih sejam tanpa kehadiran mana-mana pegawai atasan universiti. Saifuddin telah memberi ruang kepada pemimpin mahasiswa menyatakan segala pandangan dan masalah mereka terus kepada beliau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah seperti isu bayaran PTPTN, kad khas pelajar dan usaha-usaha memantapkan kursus-kursus kepada bakal pendidik.

Saifuddin berkata bakal-bakal pendidik di UPSI membuktikan bahawa mereka memang prihatin dan mempunyai idea bernas untuk masa depan negara terutamanya tentang bidang pendidikan. Saya amat gembira dengan pertemuan ini dan saya lihat mereka tidak segan silu menyampaikan rasa hati mereka. Sementera itu, saudara Arif bin Mohamad, exco Akademik dan Kerjaya berpendapat bahawa ini adalah pemurniaan kepada gerakan mahasiswa di negara.Saifuddin pernah berada dalam gerakan mahasiswa dan beliau faham apa yang diperjuangkan. Warga mahasiswa mengalu-alukan pendekatan baru dan tidak formal seperti ini.

Pertemuan sebegini adalah sebahagian daripada program khas beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu 3M (MENYELAMI MINDA MUDA). Sebelum UPSI, Saifuddin telah bertemu mahasiswa UPM, UKM, UTM dan UM dalam tempoh 14 hari pertama di KPT. Beliau meletakkan sasaran bertemu dengan mahasiswa setiap hari dalam 30 hari pertama di KPT. Beliau menambah, selepas 30 hari, saya akan menyusun pendekatan-pendekatan seterusnya bersama mahasiswa. Sekarang adalah masa bertemu dan mengenali kehidupan kampus mereka.

Beliau telah melawat Bitara Siswa di UPSI diringi oleh mahasiswa di sini selepas merasmikan Majlis Konvokensyen Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.


http://www.saifuddinabdullah.com.my/

Read more!

Mahasiswa bukan 'budak sekolah'



Semua pihak termasuk institut pengajian tinggi awam (IPTA) diminta agar tidak melayan mahasiswa sebagai 'budak sekolah.'

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya mahu mahasiswa diberi layanan seperti 'orang dewasa' bersesuaian dengan status mereka sebagai pelajar institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, layanan seperti 'budak sekolah' tidak lagi dapat diterima mahasiswa sedangkan hakikatnya mereka telah mencapai usia matang.

''Berbeza dengan murid dan pelajar sekolah, kematangan serta persekitaran mahasiswa di universiti sebagai gedung ilmu telah mendidik mereka menjadi seorang yang intelektual dan mampu membuat keputusan sendiri.

''Mereka juga kebanyakannya tidak lagi tinggal dengan ibu bapa dan tidak perlu memakai pakaian seragam. Semua itu melayakkan mereka dilayan sebagai golongan yang telah dewasa," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)-iTWEB di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi YPC, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee.

Seramai 140 graduan kolej itu dianugerahkan Diploma Teknologi Informasi Perniagaan pada majlis tersebut.

Ditanya mengenai layanan 'budak sekolah' yang dimaksudkan, Saifuddin berkata, beliau menerima beberapa rungutan daripada mahasiswa yang mendakwa mereka tidak dibenar melakukan perkara yang sepatutnya boleh dilakukan.

''Di sesetengah tempat, mahasiswa masih tidak diberi keizinan melakukan aktiviti-aktiviti tertentu meskipun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dipinda tahun lepas.

''Kononnya, mereka dibimbangi akan menyalah guna kebebasan yang diberi. Ini adalah pemikiran takuk lama yang harus kita kikis. AUKU itu sendiri dipinda bagi memastikan mahasiswa di negara ini diiktiraf sebagai mahasiswa sebenar," katanya.

Read more!

Sunday, April 26, 2009

SUMMARY OF THE SEVEN HABITS

Habit 1: Be Proactive

Change starts from within, and highly effective people make the decision to improve their lives through the things that they can influence rather than by simply reacting to external forces.

Habit 2: Begin with the End in Mind

Develop a principle-centered personal mission statement. Extend the mission statement into long-term goals based on personal principles.

Habit 3: Put First Things First

Spend time doing what fits into your personal mission, observing the proper balance between production and building production capacity. Identify the key roles that you take on in life, and make time for each of them.

Habit 4: Think Win/Win

Seek agreements and relationships that are mutually beneficial. In cases where a "win/win" deal cannot be achieved, accept the fact that agreeing to make "no deal" may be the best alternative. In developing an organizational culture, be sure to reward win/win behavior among employees and avoid inadvertantly rewarding win/lose behavior.

Habit 5: Seek First to Understand, Then to Be Understood

First seek to understand the other person, and only then try to be understood. Stephen Covey presents this habit as the most important principle of interpersonal relations. Effective listening is not simply echoing what the other person has said through the lens of one's own experience. Rather, it is putting oneself in the perspective of the other person, listening empathically for both feeling and meaning.

Habit 6: Synergize

Through trustful communication, find ways to leverage individual differences to create a whole that is greater than the sum of the parts. Through mutual trust and understanding, one often can solve conflicts and find a better solution than would have been obtained through either person's own solution.

Habit 7: Sharpen the Saw

Take time out from production to build production capacity through personal renewal of the physical, mental, social/emotional, and spiritual dimensions. Maintain a balance among these dimensions.

Covey, Stephen R., The 7 Habits of Highly Effective People

Read more!