Tuesday, August 25, 2009

Salahudin Al-Ayubi “Penebus BaituMaqdis”



“Dimedan perang Salahudin seperti seorang ibu yang kehilangan anak” – Ibnu Shadad
“Bunga Kesatriaan telah diambil oleh Salahudin Bin Ayubi”-Lane-Poole

Salahudin Al-ayubi merupakan salah seorang panglima dan Sultan yang terulung dalam islam. Beliau dihormati kawan dan digeruni lawan. Kewibawaan dan Kehebatan Salahudin Al-Ayubi kejayaan Salahudin menebus Baitul Maqdis adalah kerana Beberapa factor:

Bekerja Untuk ALLAH:
Ini adalah asas penting dalam setiap pekerjaan dan perbuatan seorang muslim. Salahudin Al-Ayubi Sentiasa memperingatkan kepada panglima-panglima, pengawai, menteri-menteri dan tenteranya tentang kepentingan bekerja kerana ALLAH s.w.t. mereka berjuangan hanya semata-mata mengejar syahid dan keredhaan ALLAH s.w.t. semangat inilah yang membuatkan tentera dibawah pimpinan Salahudin tidak gentar dengan musuh walaupun musuh itu lebih ramai dan penuh dengan kelengkapan perang. Walaupun harta rampasan perang yang dirampas oleh orang islam sangat banyak tetapi mereka tidak tamak dan bergaduh kerana harta.

Kesatuan Umat Dibawah satu Jemaah/Gerakan:
Faktor kedua kejayaan Salahudin Al-Ayubi ialan Berpadunya umat islam pada masa tersebut dimana Salahudin mendapat bantuan dan sokongan dari Bani Abbasiyah, Bani Umayiah dan wilayah-wiyalah islam yang lain. Inilah kehebatan Salahudin dimana beliau Berjaya membentuk satu kesatuan yang hebat dikalangan umat islam dalam menebus BaitulMaqdis. Salahudin mengetahui selagi umat islam tidak bersatu atas asas aqidah yang benar, mana mungkin kota suci umat islam itu Berjaya ditebus dan kemungkinan juga umat islam terus berada dalam keadaan dizalimi dan dihina oleh orang-orang kristian. Sekarang kita dapat lihat, dimana umat islam tidak lagi bersatu padu, malah mereka asyik bergaduh sesam sendiri. Tambahan pula ada umat islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh islam atas dasar kebatilan. Terdapat juga umat islam hari ini asyik membicarakan perkara yang remeh temeh sehingga lupa kepada perkara yang besar seperti bagaiman hendak membentuk kesatuan umat islam.

Segala Pekerjaan Mengikut Sunnah:
Kejayaan Salahudin dan tenteranya juga adalah kerana mereka berperang mengikut sunnah yang diajar oleh rasulullah s.a.w semasa berperang. Mereka tidak bertindak zalim terhadap kaum wanita, kanak dan orang tua serta tidak merosakkan tanaman dan harta benda. Mereka juga menggunakan Taktik dan tipu helah seperti mana Rasulullah berperang. Ini menunjukkan dalam Sunnah ada kejayaan walaupun sekecil-kecil sunnah. Tapi hari ini, manusia lupa kepada sunnah malah ada sesetengah memandang remeh sunnaj rasulullah s.a.w. Disamping itu juga, Salahudin sentiasa mengadakan mesyuarat dalam setiap perancangan dan keputusan beliau. Mesyuarat adalah penting dalam membuat keputusan. Mesyuarat mampu boleh menarik rahmat dan menolak bala.


Keperibadian yang mulia:
Faktor peribadi Salahudin Al-ayubi sendiri merupakan factor kejayaan umat islam dalam mengembalikan kegemilangan umat islam pada masa tersebut. Salahudin seorang yang menempati janji, zuhud, berani, kuat beragama dan seorang yang mementingkan sunnah dalam berperang. Selain itu, Salahudin juga mempunyai menteri, pengawai-pengawai, panglima-panglima dan tentera yang berkeperibadian mulia dimana mereka semua disenangi oleh kawan dan lawan. Keperibadian Mereka yang berbeza dengan tentera salib menyebabkan orang-orang bukan islam sanggup bernaunag bawah pemerintahan islam kerana mereka yakin orang-orang islam tidak mengapa-apakan mereka. Kita dapat lihat ketika tentera islam Berjaya menawan BaitulMaqdis, mereka tidak membunuh dan membuat kekejaman terhadap orang-orang bukan islam. Ini berbeza dengan tentera salib, dimana mereka bertindak zalim terhadap umat islam malah terhadap penduduk yahudi dan orang kristian yang tidak bekerjasama dengan mereka. Selain itu Salahudin dan tenteranya mempunyai semengat Jihad dan keinginan mati syahid yang tinngi

Kekuatan Ilmu Pengetahuan:
Kejayaan Salahudin dan tenteranya juga adalah kerana penguasan ilmu pengetahuan agama dan ilmu tentang peperangan tentang perang oleh Salahudin dan tenteranya. Salahudin seorang yang hebat dalam tipu helah peperangan dan dalam mengatur strategi peperangan. Salahudin juga dibantu oleh menteri-menteri dan panglima-panglima yang mahir tentang selok belok peperangan. Tentera islam pada masa tersebut telah mempunyai kapal-kapal perang yang hebat standing dengan tentera salib. Pengajarannya, kecanggihan teknologi juga diperlukan sebagai pelengkap untuk berjihad. Walaupun kita mempunyai semangat jihad yang tinggi, tapi kita tidak mempunyai ikhtiar untuk membentuk kelengkapan perang yang canggih, kemungkinan besar umat islam akan mengalami kekalahan. Kecanggihan kelengkapan perang merupakan ikhtiar lahiriah yang amat diperlukan. Pada abad-21, segala teknologi canggih terutama dalam ketenteraan banyak dikuasai oleh orang-orang bukan islam. Malah umat islam kekekurangan pakar-pakar dalam membuat peralatan-peralatan peperangan.

Ketaatan kepada Pemimpin dan Pemimpin yang meraikan Pendapat anak buah:
Kejayaan Salahudin Al-Ayubi juga disebabkan Ketaatan Para menteri, Panglima dan tenteranya kepada beliua. Segala perintah yang diutara oleh Salahudin dilaknakan dengan rela hati dan tido timbul sedikit pun rasa tertekan dalam diri. Inilah resepi kejayaan beliua. Tetapi jika seorang pemimpin mengeluarkan perintah yang melanggar perintah ALLAH s.w.t kita tidak wajib mengikutinya malah tidak wajid kita melaksanakannya. Selain itu, Salahudin Al-Ayubi juga Sentiasa meraikan pendapat para menteri, panglima dan tentera beliau dalam setiap taktik dan perancangan perang. Keadaan ini akan membuatkan orang yang berada disekeliling beliua rasa dihargai sekaligus bersemangat untuk bersama beliau. Bagi seorang pemimpin, kita jangan menjadi ditaktor dalam membuat perancangan dan keputusan. Kombinasi antara Salahudin dan para menteri, panglima dan tenteranya membuatkan musuh berasa gentar dan memperkuatkan barisan tentera islam.

Menyikirkan Para Menteri yang korupsi dan belot:
Tindakan pertama Salahudin adalah dengan mengantikan pengawai istana dan menteri yang korupsi, berfoya-foya, tamak dan pembelot dengan orang-orang baru yang dipercayai dan muda. Tindakan ini bukan bererti Salahudin itu seorang yang diktaktor, tapi adalah satu proses pembesihan bagi membentuk satu saf kepimpinan yang benar-benar bertaqwa, bejiksana dan taat pada pemerintah (perintah yang baik). Namu sekarang banyak pemimpin yang korupsi, suka berfoya-foya dan kurangnya taat pada perintah agama.

Ini adalah beberapa factor kejayaan Salahudin Al-ayubi dalam menebus baitulmaqdis. Mungkin terdapat banyak lagi factor yang boleh kita senaraikan. Apa yang penting sekarang, marilah kita sama-sama membina semula generasi islam agar kegemiliangan umat islam dapat dikembalikan. InsyaALLAH

Nabi S.a.w Bersabda “ kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang tinggi, dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhir dan kuar berangan-angan” Riwayat Bukhari dan muslim
Read more!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Bulan Berkat



Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Read more!

Wednesday, August 19, 2009

HADIS 1: Fadhilat Ramadhan

InsyaALLAH dalam beberapa hari lagi kita semua akan menjadi tetamu ramadhan yang mulia. sama-samalah kita berdoa agar ALLAH panjangkan umur kita dan sekaligus dapat kita bertemu dengan Ramadhan yang penuh keberkatan. dibawah adalah hadis tentang kelebihan bulan ramadah. boleh rujuk dalam buku fadhilat Ramadhan oleh :
Mualana Muhammad Zakariyaa

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban: ( Terjemahan )

'Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjara puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata : ' Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ' Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'.

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamnu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlam syurga '.
Read more!

Thursday, July 23, 2009

Pergolakan dan Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thai

Assalamualaikum w. b.t.

Umat Islam khususnya mahasiswa sepatutnya sentiasa peka dengan isu penindasan umat Islam di selatan Thai yang terus bergolak hingga ke hari ini. Terkini, pembunuhan umat Islam di dalam masjid sangat mengejutkan kita. Sungguh benar sabda Nabi "umat Islam di akhir zaman umpama buih di lautan..."

Mengapa kita kurang sensitif? Inilah salah satu kecelakan yang menimpa dunia Islam. Penjajah telah memisahkan kita dengan sempadan-sempadan negara. Hasilnya kita kurang terasa walaupun selatan Thai itu sangat dekat dengan kita.

Sesungguhnya kita adalah satu umat yang bernaung di bawah kalimah syahadah yang sama dan iktikad yang sama. Kita adalah satu keluarga yang besar. Mereka telah memisahkan kita.

Marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita di Selatan Thai. Semoga usaha kita dapat membantu menguatkan semangat jihad mereka untuk terus bertahan dengan Islam.
Read more!

Thursday, July 16, 2009

sejarah Sultan Muhammad Al-fateh perlu diambil iktibar

Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan sejarah yang hebat dalam sejarah-sejarah islam. Sultan Muhammad Al-fateh Berjaya menawan kota Konstinople dengan bergaya. Nabi Muhammad bersabda, Kota Konstinople akan jatuh di tangan Pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Syeikh Bayram telah menyatakan kepada Sultan Murad 2 bahawa anak tuanku akan menakluki kota Konstinople walaupun Sultan Murad 1 masih tidak mempunyai putera. Namu dengan izin ALLAH semuanya boleh berlaku. Penaklukan Kota Konstinople adalah sangat penting. Nepaleon pernah berkata kalau dunia ini Negara maka aku akan jadikan Kota Konstinople Ibu Negara. Kejayan penaklukan olej Sultan Muhammad Al-fateh kerana beberapa factor selain yang dinayatkan dalam hadis baginda S.A.W (pendapat peribadi setelah baca buku karangan Abdul Latip Talib).
Pertama : Ketinggian ilmu dan amal ibadat
- Ketinggian ilmu ini dimiliki oleh Sultan Muhammad Al-fateh sendiri. Beliau diajar ilmu agama oleh syeikh Shamsudin Al-Wali dan Syeikh Bayram tentang ilmu agama. Manakala Penglima Tharhan Mengajar tentang ilmu peperangan. Panglima-pagliman dan menteri-menteri Sultan juga mempunyai ilmu yang tinggi. Sultan Muhammad Al-fateh juga seorang yang kuat beramal. Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajud. Ketinggian ilmu dan kekuatan amalan seorang ketua kerajaan menjadi contoh oleh menteri-menteri, panglima-panglima , tentera-tentera serta rakyat biasa.
Kedua : Hubungan baik antara umara dan ulama
- Ini asas kedua yang boleh dikatakan kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh. Sultan tidak pernah menyisihkan peranan ulama dalam pemerintahan malah setiap kali mesyuarat sultan akan menjemput penasihat agamanya iaitu syeikh Shamsuddin Al-Wali. Syeikh bayram adalah penasihat Sultan Murad 2. Tapi keadaan berbeza sekarang di mana peranan ulama tidak lagi menjadi penting. Ulama dipanggil untuk berbincang perkara-perkara tertentu sahaja. Ulama-ulama, ustaz-ustaz hanya dijemput untuk membaca doa, menjadi iman solah hajat dan majlis tahlil. Keadaan sebegini akan menyebabkan kerajaan islam lemah kerana tiada keberkatan dari ALLAH melalui orang-orang alim.
Ketiga : Akhlak yang baik (role model)
- Akhlak yang baik juga faktor kemenangan sultan Muhammad Al-fateh. Keunggulan akhlak ini terselah disemua lapisan masyarakat bermula dari Sultan Muhammad Al-Fateh hingga lah ke rakyat biasa. Bagaimana akhlak Sultan yang melayan utusan-utusan Rom dengan baik, menjaga tawanan perang dengan baik. Jika bermesyuarat sultan tidak menjadi ditaktor malah menerima semua pandangan ahli-ahli meysuarat, walaupun dari rakyat ynag bawah. Akhlak yang baik juga ditunjuki oleh tentera dan rakyat sultan. Jika dibandingkan dengan sekarang jauh berbeza. Disemua peringkat lapisan masyarakat di Malaysia mempunyai aklah yang tidak baik. Ramai utusan-utusan dan musuh-musuh sultan tertarik dan memeluki islam serta bersama sultan dalam berberang dengan Rom. Ramai pakar-pakar dalam peperangan memeluk islam dan menyumbangkan idea dan tenaga membantu islam. Ini kerana ahklak yang baik di kalangan umat islam



Keempat : kesepaduan pemimpin

- Kesepaduan antara pemimpin sangat penting bagi menaikan semangat rakyat dan tentera. Jika para pemimipin sering bergaduh dan berselisihan faham maka memudahkan musuh untuk melemahkan kita. Ini dapat dilihat apabila syiekh Shamsuddin Al-wali member i tahu kepada Sultan Muhammad Al-fateh bahawa kekalahan sultan Murad disebabkan ketidaksepakatan para-para menteri dan penglima perang sehingga musuh Berjaya menperdaya dan melagakan mereka sehinggakn tentera islam lemah dan kalah. Jika mempunyai pendapat yang berbeza kita perlulah redha dan menyokong pendapat yang dipersetujui ramai. Kita dilarang memboikot dan menyimpan dendam dalam diri ini kerana ia memudahkan syaitan dan musuh-musuh kita mempergunakan kita. Ketaatan kepada pemerintah juga adalah elemen penting dalam membentuk Negara dan pemerintahan yang baik.

Kelima : Semangat jihad yang tinggi

- Dalam peperangan semangat jihad amat diperlukan kerana dapat meniupkan semangat untuk berperang. Orang-orang islam berjuangan kerana ALLAH dan meraka tidak takut untuk mati kerana mereka akan bertemu ALLAH dalam syurga kelak. Pada zaman sekarang kita perlu menerapkan semangat jihad dalam rakyat Malaysia. Jihad tidak semestinay jihad berperang, kita perlu menanamkan jihad menuntu ilmu, jihad ekonomi, jihad nafsu kerana manusia hari ini sangat lemah iman dan banyak dikuasi nafsu.

Keenam : kepakaran dan peralatan perang yang baik

- Kerajaan islam mempunyai Merian dan kapal-kapal perang serta unit-unit tentera yang dipimpim oleh panglima-panglima yang gagah dan berani. Sultan Muhammad Berjaya mendapat khidmat Urban pakar dalam membuat meriam untuk meroboh Benteng Kota Konstinople. Turki juga mendapat pakar tentera laut iatu Zaqhanus yang baru sahaja memeluk islam. Panglima-panglima turki seperti panglima Tharhan, Sulaiman olgo, Zaqhanus, khalil Pasya dan Sultan Muhammad Al-fateh sendiri.


Ini sahaja yang dapat saya huraikan. Sebenarnya banyak lagi faktor keyajaan Sultan Muhammad Al-fateh. Jika dibanding dengan keadaan sekarang kita tidak dapat membentuk kerajaan islam yang kuat. Kerana kita tidak mempunyai pemimpin yang betul-betul baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk menjadi kerajaan islam yang kuat
Read more!

Monday, July 13, 2009

KULIAH NISA' 2009

KULIAH NISA’ 2009

TARIKH :
17 JULAI 2009

MASA:
12.00 TENGAHARI – 2.00 PETANG (WAKTU SOLAT JUMAAT)

TEMPAT:
DKJ

SASARAN:
STAF UPSI & MAHASISWI

WACANA PENGURUSAN RUMAH TANGGA
“RAHSIA & TANGGUNGJAWAB WANITA DARI PERSEPSI IBU, ISTERI & ANAK
”

MODERATOR :
NORHAFIZAWATI BT MAHMAD ROZALI
( EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09)

PANEL 1 :
USTAZAH MAZIDAH BT MOHAMAD
(BEKAS PENSYARAH KOLEJ TEKNOLOGI DARUL IMAN)

PANEL 2 :
USTAZAH WAHIBAH BT TWAHIR @ HJ TAHIR
(PENSYARAH UPSI)

ANJURAN :
PUSAT ISLAM
dengan kerjasama
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09
Jom meriahkan, sebarkan.
P/S: InsyaAllah kuliah nisa' ini akan diadakan setiap minggu, pada hari jumaat dengan tajuk-tajuk yang berbeza.

Read more!

Thursday, July 9, 2009

SELAMAT DATANG DAN MENGHADAPI SEMESTER BARU

Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi nikmat yang terbesar iaitu iman dan Islam.
Selamat kembali ke UPSI kepada warga kelab surau As-Salikin KUO dan Tahniah dan Selamat datang kepada adik-adik ambilan julai 2009/2010.
Tiada kata lain selain dari kesyukuran dipanjatkan kerana tautan ukhwah yang Allah kurniakan.
Tinggal beberapa bulan berbaki saya di bumi UPSI ini lagi sebelum melangkah keluar ke alam praktikum. Doa saya moga adik-adik yang tinggal terus segar dan bersemangat membawa sinar Islam di KUO khasnya dan di Bumi UPSI umumnya.
Jangan sesekali letih menyampaikan dakwah.
Membawa sinar Islam itu terlalu sukar namun percayalah ganjarannya kelak cukup indah.
ALL THE BEST. Moga dirahmahti Allah semuanya senantiasa.

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP 08/09

Mantan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah JMK KUO
Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Surau KUO 08

p/s: sebarang masalah boleh la melalui email saya
jajawatie87@yahoo.com
http://jajawatie.blogspot.com/

Read more!